Skrin AMOLED 120Hz Dan Pengecasan 65W, Cukupkah Untuk Ciri-Ciri Sebuah Telefon Andalan?

Ada sebab kenapa telefon pintar andalan menjadi dambaan para peminat teknologi. Ini adalah kerana telefon pintar andalan sering bermaksud ia adalah sebuah produk terbaharu dan juga termaju sesuatu syarikat itu hasilkan.

Akan tetapi, tahukah anda apa ciri-ciri sebuah telefon andalan yang bagus? Sebagai sebuah telefon andalan, sudah semestinya ia harus mempunyai spesifikasi terkini dan canggih yang relevan dengan peredaran zaman kini.

Jadi jom kita lihat apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk sesebuah telefon andalan.

1. Kuasa Pemprosesan Yang Mencukupi


Mempunyai cip pemprosesan yang berkuasa adalah merupakan tunjang utama sebuah telefon pintar andalan yang berkualiti. realme GT Master Edition dijana oleh cip Snapdragon 778G.



Cip ini juga adalah cip kelas pertengahan premium yang paling berkuasa dan merupakan pengganti kepada Snapdragon 768G pada tahun lepas. Dengan binaan 6nm ia menyeimbangkan kuasa pemprosesan dan juga penjimatan kuasa untuk penggunaan telefon yang lebih efisien.

Sesuai dengan sebuah cip khusus untuk peranti gaming, anda boleh memainkan permainan dengan grafik yang tinggi dan pada masa yang sama peranti tidak mudah memanas.

Dengan cip yang berkuasa juga, anda juga boleh menggunakan telefon pintar dengan lebih lama pada masa yang akan datang. Pengalaman guna pada ketika itu juga tidak jauh beza dengan semasa membeli berbanding menggunakan telefon pintar dengan cip yang kuran berkuasa.

Snapdragon 778G ini juga sudah siap sedia dilengkapi dengan ciri 5G. Bila tiba masanya nanti, anda tidak perlu membeli telefon baharu, sebaliknya terus menggunakan realme GT Master Edition dengan bergaya.



Selain itu juga, realme juga merupakan antara pelopor untuk teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE). Melalui realme GT Master Edition, pengguna kini boleh menikmati RAM tambahan sehingga 13GB kesemuanya.


2. Pengalaman Paparan Yang Memuaskan


Apa gunanya cip yang berkuasa tetapi tidak dapat diterjemahkan kuasanya melalui paparan telefon yang biasa-biasa. Penggunaan skrin AMOLED tentu sudah biasa ditemui dalam pasaran bukan sahaja telefon andalan, tetapi juga mencapai kelas permulaan.

Ini adalah mengapa paparan realme GT Master Edition dilengkapi dengan kadar segar semula 120Hz di samping panel AMOLED untuk kualiti visual yang lebih berkualiti. Ia juga turut dilengkapi input sentuh setinggi 360Hz untuk memastikan sentuhan terutamanya ketika bermain permainan pada tahap semaksimum mungkin.

Bukan sahaja menonton video akan lebih mengasyikkan apabila menggunakan paparan AMOLED, 120Hz juga turut membantu melicinkan pengalaman guna anda pada realme GT Master Edition ini.

3. Kualiti Kamera Dengan Butiran Tinggi


Kualiti kamera yang baik juga merupakan ciri-ciri sebuah telefon andalan yang bagus. Pada realme GT Master Edition, ia dimuatkan dengan 64MP kamera utama, 8MP sudut lebar, dan juga 2MP makro.

Melalui 64MP kamera utamanya, ketajaman dan butiran gambar adalah tinggi disebabkan resolusi kameranya yang besar. Anda juga boleh zum gambar dengan lebih jauh tanpa gambar itu pecah.

Kamera swafoto juga mempunyai butiran tinggi yang sama dengan lensa 32MP.

4. Pengecasan Pantas


realme GT Master turut mempunyai pengecasan pantas 65W SuperDart. Dengan pengecasan yang pantas, anda tidak lagi perlu risau untuk menunggu lama bateri telefon anda penuh. Pada masa kini, masih ada lagi jenama yang menggunakan pengecasan yang agak perlahan padahal ia adalah sebuah telefon andalan.

Jadi, melalui realme GT Master Edition ini, anda akan dapat menikmati pengalaman mengecas yang laju berbanding jenama lain.



Demikian ciri-ciri yang dinyatakan yang perlu ada dalam sesebuah telefon andalan. Dengan realme GT Master Edition, anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk menikmati ciri-ciri sebuah telefon andalan yang jauh lebih mahal. Cukup hanya dengan memiliki realme GT Master Edition sahaja.



Untuk yang berminat, anda boleh memiliki realme GT Master Edition pada harga RM1,399 bermula 9 September ini melalui kedai atas talian Lazada. Untuk model 8GB+256GB, setiap pembelian turut disertakan dengan Sound Bar bernilai RM129.

*Advertorial ini dibawakan oleh realme Malaysia