Skor Geekbench A14 Bionic Jauh Meninggalkan Snapdragon 865

Semua sedia maklum yang cip pemprosesan daripada Apple lebih ke depan berbanding pengeluar yang lain. Contohnya seperti A13 yang sedia mendahului Snapdragon 865. Ketika mana kita beranggapan jurang perbezaan antara Qualcomm dan Apple semakin rapat, datang pula perkhabaran lain.

Terbaru, skor Geekbench 5 yang didakwa diperoleh daripada A14 Bionic telah dimuat naik ke internet. Berdasarkan imej, cip tersebut merekodkan 1658 untuk skor single-core dan 4612 bagi multi-core.



Ini menjadikan peningkatan sebanyak 25% bagi single-core dan 33% bagi multi-core apabila dibandingkan dengan cip A13 Bionic. Sementara itu, jika dilihat dengan cip pesaing iaitu Snapdragon 865; single-core (925) dan multi-core (3435), perbezaan sekitar 80% dan 34% bagi kedua-dua core.

Sekiranya spekulasi ini benar, ia sekaligus menjadikan A14 Bionic sebagai cip pemprosesan mudah alih ARM pertama yang melepasi 3GHz. A14 Bionic disebut bakal digunakan pada iPhone 12 tahun ini.

Sumber: Weibo via NoteBookCheck, Mighty Gadget