Skor AnTuTu Mendedahkan Prestasi Sebenar Cip A13Bionic iPhone SE 2020

Tidak sepantas cip A13Bionic yang digunakan pada barisan iPhone 11.


Seperti semua sedia maklum, model terbaru iPhone SE 2020 menggunakan cip pemprosesan A13Bionic yang sama sepertimana digunakan pada barisan model iPhone 11.

Walaubagaimanapun, hasil skor markah prestasi yang didedahkan AnTuTu bagi iPhone SE itu hany mencapai markah 492166 sahaja.



Ia adalah lebih rendah berbanding skor AnTuTu yang dicapai oleh barisan iPhone 11.

Berikut adalah perbandingan antara skor markah iPhone SE berbanding model peranti Apple yang lain.

Kapsyen: Skor markah AnTuTu bagi prestasi iPhone SE berada di antara iPad Air dengan iPhone 11.


Namun begitu ia tidak juga mengejutkan, memandangkan ia adalah antara langkah yang perlu diambil Apple dengan mengurangkan sedikit prestasi cip A13Bionic iPhone SE kerana kapasiti bateri peranti tersebut yang kecil.

iPhone SE adalah generasi kedua telefon pintar Apple paling murah ditawarkan ketika ini iaitu berharga dari RM1,999.00. Model pertama iPhone SE diperkenalkan pada April 2016 dahulu.

iPhone SE dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: GSMArena