Skor Antutu Benchmark Bagi Huawei Mate 30 Pro Berada Di Antara Snadpdragon 855 dan 855+



Skor penanda aras AnTuTu pertama dari Huawei Mate 30 Pro telah diterbitkan dan ia menunjukkan keupayaan cip pemprosesan buatan Huawei yang terbaru iaitu HiSilicon Kirin 990 bersaing dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855 dan Snapdragon 855+.

Peranti yang diuji adalah LIO-AL00, dan menurut TENAA ia adalah peranti versi 4G. Ini kerana telefon 4G dan 5G menggunakan versi Kirin 990 yang sedikit berbeza. Secara dasarnya, cip 5G dibina pada proses 7nm + EUV, teras Cortex-A76 yang mencatat kelajuan 0.27GHz lebih tinggi manakala cip 4G pula dibina pada proses 7nm yang lebih lama.



Ujian dijalankan dengan menggunakkan aplikasi Antutu benchmark versi terbaru iaitu versi ke 8 di mana ia lebih menekankan keupayaan peranti. Huawei mate 30 Pro 4G mendapat skor sebanyak 457357 di mana ia berada di antara Asus Rog Phone 2 yang mendapat skor sebanyak 469590 dengan menggunakkan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan One Plus 7 Pro yang mendapat skor sebanyak 447345 dengan menggunakkan cip pemprosesan Snapdragon 855.


Ini bermakna terdapat ruang untuk skor yang lebih tinggi apabila Huawei Mate 30 Pro 5G menjalankan ujian nanti dan mungkin akan mencabar peranti yang menggunakkan cip pemprosesan Snapdragon 855+.

Sumber:gsmarena