SKMM Wujudkan Proses Baru Bagi Selesaikan Masalah Capaian Perkhidmatan Komunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini dalam kenyataan mengatakan mereka telah mewujudkan proses baru bagi menyelesaikan masalah capaian perkhidmatan komunikasi.

Proses yang dinamakan fast track ini adalah berikutan aduan pengguna terhadap kelewatan pemasangan perkhidmatan komunikasi di beberapa kawasan keutamaan tinggi.

Masalah kelewatan ini juga disebabkan rundingan komersial yang berlarutan antara syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan.

Antara kawasan keutamaan tinggi ini adalah termasuk:

  • Pusat pentadbiran persekutuan dan negeri

  • Hab pengangkutan dan jaluran pengangkutan

  • Kawasan berimpak tinggi ekonomi

  • Projek kerajaan di bawah RMK12

  • Projek Jendela

  • Kawasan bagi pelaksanaan 5G

  • Kawasan yang mempunyai pemberian perkhidmatan eksklusif


Dalam pada itu, SKKM turut menyatakan bahawa mereka mengarahkan syarikat-syarikat perkhidmatan untuk memuktamadkan rundingan dengan kerajaan tempatan dalam masa 10 hari bekerja.

Ini adalah bagi memastikan pengguna mendapat akses perkhidmatan komunikasi yang berkualiti dalam tempoh yang berpatutan.

Sumber: SKMM