SKMM Raikan Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Dalam dua tiga hari yang lalu, ramai antara kita yang mendapat kiriman SMS daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang berbunyi “Meraikan 20 tahun Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Rakyat terus mengecapi nikmat kemajuan teknologi. Jadilah rakyat digital yang HEBAT!”.



Akta Komunikasi & Multimedia 1998 ini telah ditubuhkan bagi membolehkan campurtangan kerajaan Malaysia dalam mengawal keselamatan pengguna di dunia siber disamping memantau industri komunikasi dan multimedia daripada sebarang ancaman. Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.



Akta ini telah menggabungkan dua akta yang digunapakai sebelumnya iaitu Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Akta Komunikasi & Multimedia ini telah berkuatkuasa sejak 1 April 1999 sehingga hari ini. Antara matlamat utama penggubalan akta ini ialah bagi mewujudkan rangka kerja perlesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.

Namun, terdapat juga beberapa pihak yang meragui sama ada benar atau tidak bahawa pengirim SMS ini adalah pihak SKMM berikutan tiada maklumat atau nombor yang tertera pada SMS tersebut.

Sumber