SKMM Menyeru Agar Orang Ramai Waspada Dengan Akaun Palsu Di Media Sosial

Dunia masa kini semakin berkembang dimana penggunaan internet sangat penting dalam kehidupan seharian. Namun, perkara ini juga digunakan individu tidak bertanggungjawab dengan mencipta akaun palsu di media sosial untuk melakukan perkara tidak baik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memberi peringatan kepada orang ramai agar untuk sentiasa menjauhi dan berwaspada terhadap kewujudan akaun-akaun palsu yang berleluasa di media sosial.



Pengguna turut dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah terhadap akaun-akaun tersebut dan perlu melaporkan jika menemui akaun palsu di media sosial.

Tindakan ini perlu dilakukan bagi mengelakkan penyebaran kandungan tidak baik seperti berita tidak sahih, ucapan kebencian dan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.



Kadang kala, akaun-akaun palsu tidak menunjukkan tanda palsu sehingga mereka menunjukkan tanda aktiviti yang tidak baik dan dapat dikesan penyedia platform.

Oleh itu, mencegah perkara ini adalah salah satu cara untuk menghentikan penyalahgunaan media sosial dan orang ramai diharapkan tidak menjadi mangsa terhadap akaun-akaun palsu ini.

Sumber: SKMM