Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memberi peringatan kepada orang ramai agar untuk sentiasa menjauhi dan berwaspada terhadap kewujudan akaun-akaun palsu yang berleluasa di media sosial.
Pengguna turut dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah terhadap akaun-akaun tersebut dan perlu melaporkan jika menemui akaun palsu di media sosial.
Tindakan ini perlu dilakukan bagi mengelakkan penyebaran kandungan tidak baik seperti berita tidak sahih, ucapan kebencian dan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Kadang kala, akaun-akaun palsu tidak menunjukkan tanda palsu sehingga mereka menunjukkan tanda aktiviti yang tidak baik dan dapat dikesan penyedia platform.
Oleh itu, mencegah perkara ini adalah salah satu cara untuk menghentikan penyalahgunaan media sosial dan orang ramai diharapkan tidak menjadi mangsa terhadap akaun-akaun palsu ini.
Sumber: SKMM
Berkaitan
- Ini Ciri Baharu Bagi Remaja Bawah Umur Yang Ada Akaun Instagram
- E-mel Mengenai Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar Adalah Palsu
- SKMM: Tiada Lagi Peranti 3G Diperakui, Hanya Peranti 4G Dibenarkan Masuk Malaysia
- MyKad Digital Akan Diperkenal Tahun Ini Untuk Banteras MyKad Palsu
- SKMM: Malaysia Kini Sudah Menerima 93% Liputan 4G
- SKMM Akan Guna Internet Satelit Untuk Kawasan Pedalaman
- 64 Kompaun Dikenakan Terhadap Maxis, U Mobile, Digi Dan XOX - SKMM
- Ini Cara Nak 'Sign Out' Satu Akaun Google (Gmail) Sahaja Di Peranti
- SKMM: Data Rasmi Daripada KKM Berkenaan COVID-19 Adalah Sahih
- Perkongsian Akaun Netflix Lepas Ini Mungkin Lebih Sukar