Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TINJAUAN GAJET DIKALANGAN MURID SEKOLAH

SKMM Menjawab Dakwaan Langganan Talian Internet Dalam Kalangan Isi Rumah B40 Rendah

Diterbitkan November 12, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjawab dakwaan kononnya langganan talian Internet dalam kalangan isi rumah B40 adalah rendah dan tidak kondusif untuk pembelajaran di rumah.

SKMM menyatakan bahawa Tinjauan Pengguna Internet bagi tahun 2020 yang telah dijalankan menunjukkan, 95.4% individu berpendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000 mempunyai langganan Internet, sama ada sambungan talian tetap atau mudah alih.

Kadar langganan bagi golongan berpendapatan kurang RM1,000 pula ialah pada kadar 82.2%. Hasil dari data itu menunjukkan penembusan capaian Internet dalam kalangan keluarga B40 pada masa ini berada pada tahap yang memberangsangkan.

Berkenaan isu liputan di bandar, pinggir bandar dan pedalaman pula, masalah liputan sedang giat diatasi melalui projek-projek pembinaan dan menambah baik infrastruktur di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dijangka selesai pada tahun 2023.

Malah SKMM juga memaklumkan, kemudahan mengakses Internet dalam kalangan komuniti di bandar, pinggir bandar serta juga di luar bandar, terutama untuk pelajar sekolah, turut dimantapkan melalui perkhidmatan 873 Pusat Internet Komuniti (PIK) yang sedang diuruskan oleh SKMM di seluruh negara.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY