Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Mengingatkan Orang Ramai Agar Waspada Dengan Peraduan Gores Dan Menang

SKMM Mengingatkan Orang Ramai Agar Waspada Dengan Peraduan Gores Dan Menang

Diterbitkan Januari 4, 2021 ยท Dikemas kini Januari 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Kita akhirnya sudah tiba untuk tahun 2021 dan hingga kini, masih ramai individu yang mudah tertipu terutama dalam peraduan kad gores dan menang serta hadiah cabutan bertuah.

Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui ciapan dari akaun Twitter rasmi mereka, menetapkan garis panduan bagi mengelakkan diri anda daripada tertipu dengan sindiket gores dan menang.

SKMM Mengingatkan Orang Ramai Agar Waspada Dengan Peraduan Gores Dan Menang

5 Tips Bagi Elak Ditipu Sindiket Gores dan Menang:

  1. Berhati-hati apabila anda dikunjungi oleh jurujual
  2. Semak kad pengenalan ejen syarikat atau jurujual
  3. Peka dengan kandungan iklan-iklan yang ditawarkan
  4. Tahu dan faham tentang kandungan kontrak jualan
  5. Jurujual tidak boleh merundingkan jualan pada hari cuti umum dan hari biasa bermula 7 malam hingga 9 pagi keesokannya

Dengan garis panduan atau tips ini, semoga rakyat Malaysia lebih cakna dan berhati-hati agar tidak mudah ditipu oleh sindiket penipuan ini.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY