SKMM Menasihatkan Orang Ramai Merujuk Sumber Sahih Tentang Wabak COVID-19

Orang ramai boleh merujuk kepada 3 sumber utama tentang penularan wabak COVID-19.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan penularan COVID-19 yang boleh menimbulkan suasana panik dan tidak tenteram di kalangan masyarakat.

SKMM menasihatkan supaya orang ramai merujuk kepada sumber rasmi wabak COVID-19 bagi mengelakkan daripada berlakunya penyebaran berita palsu atau tidak tepat tentang wabak ini.

Berikut adalah 3 sumber rujukan sahih yang disyorkan oleh pihak SKMM untuk digunakan orang ramai:-

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia - http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

  2. World Health Organisation - https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

  3. Portal Sebenarnya.my


Menerusi portal https://sebenarnya.my/salur/, orang ramai juga boleh menghubungi laman tersebut bagi melaporkan berita mengenai COVID-19 yang tidak dipastikan kesahihannya.

Atau boleh juga dibuat menenerusi aplikasi Sebenarnya.my untuk dimajukan dan disemak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aplikasi mudah alih Sebenarnya.my ini boleh dimuat turun melalui platform Google Play Store dan Apple App Store.

SKMM mengingatkan orang ramai, penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.