Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Dalam Perancangan Menggunakan ID Digital Di Malaysia

SKMM Menafikan Kewujudan “Unit Khas” Untuk Tujuan Politik

Diterbitkan Mei 23, 2021 · Dikemas kini Mei 23, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan kewujudan  “unit khas” dalam SKMM untuk tujuan politik, gangguan politik (political intrusion), kempen sabotaj dan lain-lain.

Penafian itu dibuat SKMM bagi menjawab dakwaan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung “arahan” kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merampas telefon mudah alih milik beliau ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

SKMM menegaskan bahawa selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan PDRM untuk melengkapkan siasatan mereka.

Sebaliknya, SKMM akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan, secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik.

SKMM juga menjelaskan, pihak mereka berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi SKMM dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh SKMM.

Sumber: SKMM

Baca juga:-

SKMM Akan Ambil Tindakan Atas Penipuan Promosi Data Internet

Pemberian 1GB Data Percuma Dilanjutkan Hingga 31 Julai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY