Sabit kesalahan menyebar berita palsu boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa mereka akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara.
Seperti semua sedia maklum, pihak Polis dan SKMM telah bekerjasama dalam membanteras penyebaran maklumat palsu tentang wabak Covid-19. Hasilnya, beberapa individu telah berjaya ditahan dan didakwa di mahkamah kerana didapati melakukan kesalahan tersebut baru-baru ini.
Kini pula melibatkan isu politik semasa yang sedang hangat diperkatakan sejak hari Ahad lalu.
Jadi SKMM sekali lagi mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum (Race), agama (Religion) dan institusi Diraja (Royalty) [3R].
Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Jika disabit kesalahan, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. SKMM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi hak dan kepentingan masyarakat.
Jika anda melihat berlakunya insiden atau penyebaran kandungan berunsur 3R di media sosial, anda bolehlah melaporkannya terus kepada pihak SKMM melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau emel kepada [email protected].
Berkaitan
- Tiada Sindiket Penculikan Menggunakan Kereta Proton Wira - PDRM
- SKMM Ke Kampung Ranggom Mencari Jalan Penyelesaian Capaian Internet Lemah Di Kampung Tersebut
- Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek Dilantik Sebagai Pengerusi SKMM Yang Baharu
- SKMM Menjawab Dakwaan Langganan Talian Internet Dalam Kalangan Isi Rumah B40 Rendah
- SKMM Kecewa Dengan Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp Dan Telegram
- Poster Jangan Gunakan #SIBODOHKAUDENGARSINI Bukan Dikeluarkan Oleh SKMM
- PDRM Ingatkan Larangan Guna Telefon Semasa Memandu
- SKMM Menggesa Pelajar Memanfaatkan Kemudahan Pusat Internet Komuniti Terdekat Dengan Mereka
- Ada Individu Menggunakan Nama Pengerusi SKMM Untuk Urusan Pemerolehan Dan Pembayaran Kepada Vendor Antarabangsa.
- PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta