SKMM: Malaysia Kini Sudah Menerima 93% Liputan 4G

Seiring dengan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) tahun lalu, Malaysia kini sudah menerima liputan 4G hampir 93%.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan mengatakan mereka yakin liputan 4G akan mencapai 95% menjelang akhir tahun di seluruh negara.

Ini juga selari dengan inisiatif JENDELA yang mana menyasarkan sebanyak 96.9% rangkaian 4G menjelang akhir tahun 2022.

Tambahnya lagi, dengan penutupan rangkaian 3G pada akhir tahun ini sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan liputan 4G.

Sebelum ini juga SKMM telah bertindak dalam menyelesaikan masalah rakyat berkaitan capaian komunikasi ini dengan mewujudkan prosesĀ Fast Track baru-baru ini.

Dalam pada itu, bagi menggalakkan rakyat berhijrah kepada peranti 4G, kerajaan turut memberikan subsidi sebanyak RM300 untuk pembelian peranti baharu melalui Program Jaringan Prihatin.

Sumber: bernama