SKMM Keluarkan Kenyataan Terbaru Mengenai Insiden 50 Juta Facebook Digodam

Hujung September yang lalu, kita dikejutkan dengan berita pengodaman lebih dari 50 juta akaun Facebook.

Lanjutan daripada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyatakan bahawa pihak mereka sedang berhubung dengan pihak Facebook untuk memastikan berapa ramai pengguna tempatan yang terlibat dengan isu terbabit.

Kini, menerusi kicauan di Twitter, SKMM sudah mengeluarkan maklumat mutakhir mengenainya dimana belum ada lagi indikasi mengenai jumlah sebenar akaun Facebook pengguna Malaysia yang terjejas.

Dalam kenyataan tersebut juga ada menyarankan pengguna lebih berhati-hati dan menyemak semula tetapan akaun Facebook mereka.

Tetapan akaun untuk peranti yang melog masuk akaun boleh diakses seperti berikut:

Settings > Security and Login > Where you’re logged in

Sekiranya terdapat peranti serta lokasi yang meragukan, anda boleh memilih untuk lgo keluar, atau pun Log Out of All Sessions.

Pihak SKMM turut berjanji untuk berkongsi sebarang maklumat terkini berkenaan isu ini.

Sumber: SKMM

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408