SKMM Buka Jualan Set Top Box Berkuat Kuasa 15 Ogos 2018

Bagi memberikan siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan, satu projek telah dilancarkan tahun lalu dibawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dikenali sebagai myFreeView, ia boleh diakses pengguna menggunakan dekoder atau Set Top Box (STB) DVB-T2, dan pemberitahuan terbaru dari SKMM, peranti itu akan mula dibuka jualannya bagi pasaran Malaysia dengan syarat ia mempunyai label SKMM.


Penjualan dekoder itu berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 ini dan selain label, ia juga perlu diperakui dan mematuhi standard teknikal yang telah ditetapkan SKMM.

Menerusi myFreeView, pengguna boleh menonton 13 saluran televisyen dan 4 saluran radio yang disediakan.

Selain itu, turut dinyatakan penggunaan peranti yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan adalah salah disisi undang-undang.

Sumber: SKMM

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408