SKMM Beri Peringatan Perbuatan "SPAM" Boleh Dikenakan Tindakan

Hampir semua daripada kita menghadapi masalah mesej yang tidak dikehendaki masuk dengan jumlah yang banyak atau lebih mudah difahami sebagai SPAM. Ia datang dari pelbagai pengirim yang tidak mempunyai kaitan dengan kita dan sejujurnya ia amat merimaskan.

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada pengirim mempunyai kebebasan membanjiri peti masuk platform komunikasi anda dengan mesej yang tidak diminta atau adakah perilaku tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Jawapannya ya, dimana jika didapati menyalahi terma dan syarat pembekal perkhidmatan, tindakan pembatalan boleh dikenakan kepada pelaku.

Berdasarkan peringatan daripada pihak SKMM, penggunaan tidak wajar mana-mana perkhidmatan aplikasi merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum Rm50,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya.



Pihak SKMM turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak memulakan sebarang komunikasi berbentuk spam menerusi perkhidmatan telekomunikasi, tidak kira sama ada ia adalah kandungan komersial mahupun bukan komersial.

Diharap dengan peringatan yang telah diberikan oleh pihak SKMM ini, ia dapat menjadikan kita lebih bertanggungjawab ketika menggunakan medium komunikasi sedia ada.