Umum maklum bahawa setiap kotan TV Android yang dijual dipasaran Malaysia perlulah mempunyai label pemerakuan daripada SIRIM dan SKMM.

Namun begitu, terdapat segelintir penjual dan pembekal yang menyalahgunakan label pengesahan itu dengan menyediakan kandungan hak cipta terpelihara secara haram. Salah guna itu seolah-olah memberi gambaran, dua badan pengesahan terbabit membenarkan penawaran aplikasi penstriman serta muat turun kandungan yang dilindungi hak ciptanya.

Menegaskan perkara itu, SKMM menyatakan pengesahan yang dikeluarkan oleh mereka dan SIRIM adalah berkaitan pematuhan modul WiFi dan Bluetooth bagi piawaian teknikal yang dikuatkuasakan oleh SKMM.

Perbuatan menawarkan aplikasi penstriman dan muat turun filem yang dilindungi hakciptanya adalah dilarang sama sekali. Jika didapati bersalah, tindakan tegas seperti pembatalan sijil pengesahan dan menarik semula produk dari pasaran akan dibuat. Pengguna turut digesa supaya tidak terpedaya dengan penjualan kotak TV Android tersebut kerana ia salah disisi undang-undang.

IKLAN

Sumber: Twitter SKMM