Hasil tinjauan itu nanti akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk kawasan tersebut bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi berkualiti sekaligus memperbaiki taraf kehidupan mereka.
SKMM juga memaklumkan bahawa di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2), sebanyak 185 menara telekomunikasi baharu akan mula dibina meliputi semua Bahagian di Sarawak.
Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh menara baharu dirancang untuk dibina di Pakan. Kesemua menara tersebut dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021.
Setakat Mei 2020, SKMM dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi telah mendirikan sejumlah 553 menara telekomunikasi selain menaik taraf sejumlah 1,064 menara telekomunikasi kepada rangkaian 3G dan 4G di Sarawak.
SKMM juga menyatakan mereka sedar masih terdapat masih banyak kawasan yang belum mendapat liputan komunikasi menyeluruh dan stabil terutamanya di kawasan luar bandar.
Ia disebabkan oleh rupa bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, laluan masuk yang sukar dan masalah ketiadaan bekalan elektrik yang menjadi cabaran besar kepada SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk membina menara di kawasan pedalaman.
Buat masa ini antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasi isu penyampaian perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar di kawasan pedalaman adalah dengan menggunakan rangkaian satelit dan bekalan janakuasa diesel, walaupun disedari bahawa liputan dengan cara itu adalah tidak stabil.
Namun begitu, SKMM tetap komited dengan misinya untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeluruh kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar dalam usaha merapatkan jurang digital di seluruh negara.
Berkaitan
- SKMM Dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Ke Kampung Ulu Seladang, Setiu
- 5 Pakej Jalur Lebar Ditawarkan Pada Harga Berpatutan Khusus Untuk Golongan Belia
- Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Dikompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020
- Laporkan Terus Kepada Pihak SKMM Berkaitan Kandungan 3R Di Media Sosial
- SKMM Ke Kampung Ranggom Mencari Jalan Penyelesaian Capaian Internet Lemah Di Kampung Tersebut
- Jumlah Pelanggan Jalur Lebar Unifi Semakin Menurun Tahun Ini
- Pelajar Ikuti PdPR Ditepi Jalan Dapat Perhatian SKMM
- airasia xpress Lebarkan Khidmat Hantar Bungkusan Ke Seluruh Malaysia Pada Harga Lebih Berpatutan
- SKMM Menasihatkan Pengguna Peranti Pintar Supaya Sentiasa Mengemas Kini Aplikasi-Aplikasi Yang Ada Di Dalam Peranti Mereka
- SKMM Menziarahi Pelajar Yang Kemalangan Motorsikal Ketika Mendapatkan Capaian Internet