Skala YouTube Yang Terlalu Besar Menyebabkannya Mustahil Untuk Di Bersihkan 100% Daripada Kandungan Memudaratkan

Disebalik kandungan positifnya, YouTube juga mengandungi pelbagai kandungan negatif.


Dalam temu ramah CNN bersama CEO Google, Sundar Pichai baru-baru ini, beliau telah ditanyakan tentang kemampuan mereka bagi menapis kandungan-kandungan yang terdapat di dalam laman YouTube daripada kandungan memudaratkan.

Lalu beliau menerangkan, adalah suatu yang mustahil untuk mereka menapis seratus peratus kandungan-kandungan negatif yang terdapat di dalam YouTube.

Ini kerana menurut beliau, YouTube adalah terlalu besar dan untuk menapis kandungan di dalamnya bagi memastikan kesemua kandungan yang ada di dalam YouTube sebagai bersih adalah sesuatu yang mustahil akan dapat dilakukan mereka.

Walaupun beliau berkata kombinasi antara teknologi dan manusia semakin baik dalam sistem mereka, tetapi ia tetap tidak akan mampu menapis 100% kandungan di YouTube.

Beliau menerangkan isu ini dengan memberikan contoh seperti berikut:-

Any large scale systems, it’s tough, Think about credit card systems, there’s some fraud in that. ... Anything when you run at that scale, you have to think about percentages.” Sundar Pichai.

Walaubagaimanapun, beliau yakin bahawa mereka mampu melakukan tapisan yang lebih baik pada masa akan datang dan dapat membuang kandungan video-video negatif yang sekian lama berada di dalam laman YouTube mereka.

YouTube kini berdepan dengan tuduhan membenarkan kandungan berbentuk gangguan, ucapan kebencian, teori-teori konspirasi, propaganda dan video-video memudaratkan yang lain dimuat naik ke laman tersebut.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Google telah menapis 1 juta kandungan video YouTube yang disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas. Google menyatakan proses tapisan tersebut dibuat secara manual yang mana ia melibatkan  lebih daripada 10,000 pekerja mereka terlibat dengan review kandungan di YouTube sahaja.

YouTube sebelum ini juga telah bertindak dengan menyekat kandungan seperti cabaran merbahaya serta prank di laman tersebut. Mereka juga kini cuba menangani isu yang dikenali sebagai 'Dislike Mobs'  iaitu istilah yang dikaitkan dengan perlakuan memberikan thumbs down(tidak suka) secara terburu-buru  dan tanpa menonton keseluruhan video di YouTube.

Sumber: CNBC