SK Hynix Jangka Permintaan Cip Memori Menurun Hingga Akhir Tahun

SK Hynix, pengeluar cip kedua terbesar di Korea Selatan berkata mereka menjangka permintaan terhadap cip memori akan menurun untuk separuh kedua tahun ini (Jun-Disember 2022).

Dalam kenyataan sama, syarikat mengatakan jualan komputer dan telefon pintar mungkin lebih rendah daripada jangkaan awal.

Bagi suku ketiga sekarang, permintaan terhadap pelayan memori (memory server) di pusat data juga akan perlahan, kata syarikat. Bagaimanapun, mereka menjangka ia akan meningkat dalam jangka masa panjang.

Kadar inflasi yang meningkat, kebimbangan terhadap pasaran utama dan sekatan pergerakan yang berulang di China adalah antara faktor, menurut Reuters.

Bagaimanapun, pesaing Samsung ini memperoleh keuntungan tertinggi untuk suku kedua tahunan sejak 2018 dengan keuntungan 4.2 trilion won (~RM13.5 bilion) dari April hingga Jun 2022.

Suku sama tahun lalu, mereka mendapat untung sebanyak 2.7 trilion won.

Ini didorong oleh permintaan terhadap cip DRAM yang meningkat sebanyak 10% selain NAND. Selain itu, ia juga disebabkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang menyediakan pelayan.


Bukan itu sahaja, mata wang won Korea yang semakin lemah dalam tempoh itu juga menyumbang pada peningkatan keuntungan mereka.


Hal ini kerana jualan SK Hynix kebanyakannya dilakukan dalam mata wang dollar Amerika.


Untuk makluman, 1 won sekarang bersamaan RM0.0034 atau 0.00076$.


Sumber: SK Hynix, Reuters