Sistem Tol Berdasarkan Teknologi RFID Akan Dilaksanakan Mulai Tahun Hadapan

Mulai tahun hadapan, sistem kutipan tol elektronik akan menggunakan stiker RFID bagi membuat bayaran. RFID atau Radio Frequency Identification adalah satu teknologi yang boleh mengesan gelombang elektronik dari tag yang dilekatkan kepada sesuatu objek.

Teknologi ini bakal menyenangkan pengguna lebuh raya sekitar lembah kelang dan berfungsi sama seperti apa yang digunakan untuk lorongĀ Smart Tag. Tidak pasti untuk bagaimana cara RFID boleh memberitahu pengguna tentang baki wang yang tinggal dalam akaun tetapi pandangan admin mungkin ada satu aplikasi akan dibangunkan sekali bagi menunjukkan baki wang anda dan menambah wang melalui atas talian.