Sistem Semakan Akaun Dan Bil TNB Sedang Mengalami Gangguan Pekhidmatan

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengesahkan sistem semakan akaun dan pembilan TNB sedang mengalami gangguan teknikal.

Dengan itu, terdapat sedikit kelewatan dalam perkhidmatan serta maklum balas kepada semua pengguna yang berurusan. Antara saluran yang terjejas termasuk:

  • Kedai Tenaga dan Kiosk Pembayaran Layan Diri.

  • Portal dan Aplikasi myTNB

  • Talian 1-300-88-5454

  • E-mel ([email protected])

  • Media sosial (Facebook TNB Careline, Twitter @Tenaga_Nasional dan Instagram @tenaga_nasional)

  • Green Tarif Rider dan Customer Feedback Management di Laman Sesawang TNB (www.tnb.com.my)

  • Pembayaran ePOS dan MOLpay di 7-Eleven.




Buat masa ini, kerja-kerja penyelenggaran sedang dijalankan. Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan sistem perbankan internet dan jomPAY untuk membuat pembayaran.

Sumber: TNB Careline