Sistem Sekuriti Kebanyakkan Aplikasi Android Dan iOS Berada Pada Tahap Yang Lemah

Satu kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh firma penyelesaian keselamatan, Positive Technologies, mendapati pengguna peranti mudah alih mudah terdedah dengan serangan penggodam dan jenayah siber.

Firma itu tersebut mendedahkan kelemahan sekuriti yang sering kali ditemui adalah penyimpanan data  yang tidak selamat. Pada Android, dikatakan terdapat 43% aplikasi-aplikasi yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah. Jumlah itu lebih tinggi dari aplikasi-aplikasi pada iOS iaitu sebanyak 35%.



Hasil dari ujian yang dibuat, jumlah keseluruhan aplikasi-aplikasi yang tidak selamat pada kedua sistem operasi adalah sebanyak 76%.

Tidak selamat dalam ayat yang lain adalah aplikasi-aplikasi terbabit dikatakan menyimpan data-data pengguna, termasuk kata laluan dan menyimpan butiran-butiran perbankan atau maklumat kewangan.

Apa yang lebih membimbangkan, penggodam-penggodam menyasarkan pada pengguna yang telah root atau jailbreak peranti mereka.



 

Apabila virus atau perisian hasad (malware) telah dipasang pada peranti mangsa, ia akan meminta 'kebenaran' dari pengguna didalam sesuatu aplikasi. Melalui cara ini, aplikasi 'berniat jahat' dapat mengakses data pengguna dan menghantar kepada penggodam.

Masalah utama yang mendorong kepada isu ini adalah pihak pembangun mencipta aplikasi mereka pada tahap keselamatan yang rendah.

Oleh itu, pihak Google akan mengenakan polisi dengan menganalisa dan membuang aplikasi yang meminta kebenaran tidak relevan dari fungsi utama aplikasi sebelum diterbitkan pada Google Play Store.

Walaupun sebahagian daripada kita tidak pernah terlibat dalam isu ini, tetapi Ketua Ketahanan Keselamatan di Positive Technologies menyarankan pengguna supaya meneliti dahulu sebelum membenarkan apa-apa permintaan pada sesuatu aplikasi.

Sumber: Android Headlines, Tech Radar