Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Pintar S3 Berasaskan Kecerdasan Buatan Bantu Tingkatkan Tahap Kecekapan Dan Pengoperasian Lebuh Raya

Sistem Pintar S3 Berasaskan Kecerdasan Buatan Bantu Tingkatkan Tahap Kecekapan Dan Pengoperasian Lebuh Raya

Diterbitkan November 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Bermula 19 Ogos lepas, Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) kini telah menggunakan sistem pemantauan lebuh raya berasaskan teknologi pintar Smart Surveillance System (S3) berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk kesemua lebuh raya kendalian mereka.

PROLINTAS mempunyai 3 syarikat di bawahnya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) yang menggunakan sistem pintar S3 ini.

Penggunaan S3 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan operasi lebuh raya yang merangkumi aspek pemantauan, pengesanan kerosakan, kemalangan, objek asing, kawasan air bertakung serta kehadiran haiwan liar.

Selain penstriman video, sistem S3 itu juga akan menghantar notifikasi, laporan dan status secara masa nyata.
Sejak pelancarannya, S3 telah mengesan sebanyak 1303 kes pada bulan pertama dan 440 pada bulan berikutnya dengan lebih 50% kes kerosakan permukaan dan aset lebuh raya telah dibaik pulih menerusi notifikasi masa nyata S3.
Laporan penuh di Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY