Sistem Pengecasan Pertama Di Dunia Tanpa Perlu Bersentuh, Pi

Pengecasan tanpa wayar sudah wujud untuk beberapa tahun lepas. Namun teknologi ini berkembang dalam rentak yang agak perlahan kerana apa yang pasaran tawarkan kepada pengguna sebagai contoh adalah Qi. Qi memerlukan peranti diletakkan di pad yang tersedia untuk mengecas peranti anda.

Ini bermakna anda tidak boleh menggerakkan peranti telefon pintar anda sekiranya mahu mengecas peranti. PI, sebuah syarikat baru cuba untuk menawarkan sesuatu yang baru.

Sistem pengecasan tanpa wayar Pi menggunakan teknologi resonan yang sama dengan apa yang digunakan oleh Qi dengan memfokuskan tenaga resonan itu menggunakan algoritma beamforming. Ini bermakna anda boleh menggunakan peranti telefon pintar anda sekitar alat pengecasan Pi ini dan pada masa yang sama boleh mengecas peranti telefon pintar tersebut dengan jarak maksimum yang tertentu.

https://youtu.be/QQc6wdEmBzA

Untuk peranti telefon pintar yang mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar, anda tidak memerlukan sarung pengecasan magnetik. Untuk telefon pintar yang lain pula, anda memerlukan sarung khusus untuk digunakan bersama Pi.

Sistem Pi ini boleh mengecas 4 peranti dalam satu-satu masa dan jika lebih dari itu, masa pengecasan akan diambil lebih masa.

Sumber