Sistem Pengecaman 3D Wajah Bakal Menemui Peranti Android Selepas Ini?

Peranti telefon pintar iPhone X telah memberikan industri telefon pintar sesuatu yang baru untuk dilihat. Sistem pengecaman wajah 3D mereka atau dikenali sebagai Face ID merupakan satu ciri keselamatan baru yang belum dipunyai oleh mana-mana peranti Android di pasaran ketika ini.

Perkara itu mungkin akan berubah jika diikutkan dengan laporan dari Digitimes mengatakan lebih banyak pembuat telefon pintar Android seperti Huawei, Oppo dan Xiaomi sedang cuba untuk mendapatkan komponen pengecaman 3D untuk model telefon pintar baru mereka.

Pembekal komponen seperti Largan Precision yang membekalkan komponen kepada Apple Inc. berusaha meningkatkan kemampuan komponen kamera pengecaman 3D bagi mendapatkan lebih banyak kontrak dengan Apple Inc. Apple bercadang untuk meletakkan teknologi pengecaman wajah 3D ke peranti mereka yang lain termasuk iPad dan speaker HomePod.

Laporan Digitimes tersebut juga tidak menyatakan pembuat telefon pintar utama lain seperti Samsung, HTC, LG atau Google turut sama dalam usaha tersebut namun sudah pasti semua pemain industri akan melihat ke dalam teknologi ini.

Sumber