Sistem Operasi Terbaru Google Masih Menyokong Aplikasi Android

Fuchsia OS, nama yang dipercayai untuk sistem operasi terbaru oleh Google telah memunculkan diri sebelum ini dan sistem operasi ini disebut-sebut akan menggantikan sistem operasi sedia ada seperti Android dan Chrome OS.



Google masih belum mengumumkan secara rasmi mengenai Fuchsia tetapi besar kemungkinan Fuchsia bakal disokong oleh peranti dalam pelbagai bentuk seperti telefon pintar, tablet, dan komputer riba pada masa akan datang.

Berita baiknya, penggunaan Fuchsia di dalam telefon pintar mungkin tidak akan membebankan pengguna dengan cara baru kerana sistem operasi ini mungkin akan menyokong aplikasi Android anda.

https://twitter.com/MishaalRahman/status/989568912768499713

Tweet diatas menunjukkan barisan kod di dalam Fuchsia yang menyokong aplikasi Android asli. Hasilnya, Fuchsia boleh terus berfungsi dengan aplikasi Android sedia ada.

Google menghadapi masalah apabila bercakap tentang ekosistem mereka dan tidak setanding dengan apa yang Apple tawarkan untuk pengguna mereka dan Fuchsia diharap dapat membekalkan Google dengan ekosistem yang menyeluruh untuk semua peranti mereka.

Walau bagaimanapun, dengan Google tidak mengumumkan apa-apa mengenai Fuchsia secara rasmi, tempoh untuk Fuchsia keluar ke tangan pengguna mungkin masih jauh dan Android P adalah keluaran seterusnya untuk pengguna Android.