Sistem Nyahkunci Peranti OnePlus 6 Boleh Dibuka Dengan Salinan Muka

Peranti OnePlus 6 merupakan telefon pintar terbaru yang diperkenalkan oleh OnePlus. Peranti tersebut selalu disebut sebagai peranti yang paling berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang menarik.

Peranti tersebut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 845 yang digunakan oleh hampir semua peranti kelas perdana lain digabungkan bersama-sama ruang ram 8GB RAM dan 128/256GB ROM.

Namun, terdapat berita kurang enak mengenai peranti tersebut dari segi sistem nyahkunci nya. Ini kerana terdapat pengguna yang mendapati sistem nyahkunci OnePlus 6 boleh dibuka dengan hanya menggunakan gambar salinan muka pengguna.

https://twitter.com/rikvduijn/status/1001472715566538752

Pihak OnePlus sendiri sebelum ini telah menekankan yang sistem nyahkunci OnePlus tidaklah sehebat dengan sistem nyahkunci peranti lain dari segi keselamatan.

Ini kerana peranti seperti iPhone X menggunakan sistem nyahkunci berdasarkan model 3 dimensi muka pengguna manakala Galaxy S9 pula menggunakan sensor iris untuk sistem nyahkunci peranti.

Untuk menggunakan sistem nyahkunci yang lebih canggih, kos peranti juga akan meningkat kerana menggunakan perkakasan yang lebih canggih. Untuk pengguna dan mereka yang ingin membeli peranti OnePlus 6, harus diingatkan yang sistem nyahkunci menggunakan wajah OnePlus 6 tidak selamat berbanding iPhone X dan juga Galaxy S9.