Sistem Letak Kereta Pintar Dilancarkan Di Pulau Pinang

Menambah baik kaedah pembayaran sedia, kerajaan negeri Pulau Pinang semalam telah melancarkan Sistem Tempat Letak Kerta Pintar atau Penang Smart Parking (PSP), lapor Bernama semalam.

Pelaksanaan fasa perintis sistem baru ini sudah bermula hari ini dimana operasinya akan meliputi kawasan letak kereta di 647 tempat letak kereta di George Town dan 350 lagi di kawasan Seberang Perai.

PSP menggunapakai teknologi e-dompet seperti Boost, Touch 'n Go dan Grab Pay, sejumlah 10,000 terawal pengguna sistem ini bakal menerima kredit RM5 secara percuma didalam e-dompet mereka.

Fasa perintis ini memperlihatkan pemasangan sensor dibeberapa kawasan yang mana ia dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun hadapan untuk keseluruhan 36,000 tempat letak kereta.

Aplikasi ini sudah sedia dimuat turun di App Store sementara bagi Android pula ia akan ditawarkan bermula tengah malam ini di Google Play Store.

 

Sumber: Bernama

Kredit foto utama: Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP