Melibatkan komputer yang menggunakan sistem Windows 7 dan sistem operasi terdahulu.
Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) baru-baru ini melaporkan bahawa telah berlakunya peningkatan insiden penggodaman terhadap komputer-komputer kerajaan Malaysia.
Penggodaman dipercayai dibuat oleh grup jenayah siber tertentu bagi mendapatkan data-data projek yang disokong oleh kerajaan Malaysia seterusnya mendedahkannya kepada umum.
MyCERT menerangkan, serangan dibuat menerusi e-mel yang telah terjejas atau menerusi hantaran e-mel dokumen Microsoft yang mengandungi kandungan mencurigakan.
E-mel yang dihantar itu mengaburi penggunanya dengan menyamar seperti ia dihantar oleh wartawan, pihak penerbitan atau seseorang dari pihak tentera.
Seterusnya, kandungan e-mel dokumen Microsoft yang dimuat turun itu akan mula mengeskploitasi kelemahan ciri keselamatan sistem komputer dan perisian Microsoft yang membolehkan penjenayah siber melakukan serangan dari jauh bagi mencuri data-data sulit kerajaan.
MyCERT menyenaraikan, sistem komputer yang terkesan dengan penggodaman ini adalah sistem operasi Windows Vista SP2, Windows Server 2008 SP2 dan R2 SP1, Windows 7 SP1, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2012 Gold dan R2 serta Windows RT Gold dan 8.1.
Selain itu eksploitasi terhadap perisian pejabat Microsoft Office 2007 SP3, Microsoft Office 2010 SP2, Microsoft Office 2013 SP1 dan Microsoft Office 2016 juga turut terkesan dengan isu penggodaman ini.
Oleh itu, MyCERT menasihatkan pengguna supaya menaik taraf sistem komputer kepada versi terkini atau mengemas kini sistem operasi dan perisian kepada versi terbaru bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penggodaman.
Berkaitan
- Penggodam Didapati Memasang Perisian Hasad Tanpa Perlu Interaksi Pengguna Android
- Rasmi, Windows 11 Akan Ditawarkan Kepada Semua Bermula 5 Oktober 2021
- Penggodam Menyerang Sistem Teknologi Maklumat Pengeluar Jam Swatch
- Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz
- Adobe Menawarkan 17,000 Font Kepada Pengguna iOS dan iPadOS 13
- Grab Mungkin Akan Berdepan Denda RM86.7 Juta Dari Suruhanjaya Persaingan Malaysia
- Apple Bersetuju Memaklumkan Pengguna Jika Kemas Kini iOS Akan Datang Memperlahankan Prestasi Peranti
- Kereta Terbang Elektrik Pertama Di Dunia Diluluskan FAA, Boleh Di Pra Tempah Pada Harga RM700 Sahaja
- Ini Adalah Senarai 20 Negara Yang Paling Terkesan Dengan Isu Kecurian Data
- Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows