Sistem i-Sinar KWSP Hadapi Masalah Teknikal, Pengguna Disaran Semak Semula Status Permohonan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan i-sinar. Menerusi muat naik di Facebook, pihaknya turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku itu.

semak status permohonan isinar

Kenyatan tersebut dikeluarkan selepas rata-rata permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah diluluskan. Tidak hanya itu, kebanyakan permohonan menerima kelulusan dengan tarikh pembayaran yang dijadualkan pada 29 hingga 31 Januari 2021, di mana tarikh tersebut sudah pun berlalu.

Kini, mereka yang telah membuat permohonan disarankan untuk menyemak semula status permohonan bermula pagi ini.

Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan i-Sinar Kategori 2 bagi ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas, sejak 1 Mac 2020 atau tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat.

Sumber: KWSP