Sistem Cip Terbaharu Qualcomm Hampir Pasti Tidak Dijenamakan Sebagai Snapdragon 8150

Qualcomm bakal mengadakan satu acara di Hawaii selama tiga hari bermula hari ini, 4 Disember sehingga 6 Disember. Tujuan utama majlis berkenaan semestinya untuk memperkenalkan sistem cip terbaharu mereka, Snapdragon 8150.

Bagaimanapun, menurut laporan terkini yang ditulis oleh pihak TechCrunch, cip tersebut dikatakan tidak akan menggunakan nama Snapdragon 8150. Nama Snapdragon 855 disebut-sebut sebagai nama rasmi bagi cip berkenaan.

Kapsyen: Winfuture


Sistem cip berkenaan juga dilaporkan bakal menjadi cip paling berkuasa, menewaskan cip-cip terkini dari pesaing mereka seperti Kirin 980, Exynos 9820 dan A12 Bionic.

Selain itu, Qualcomm juga dilaporkan akan memperkenalkan beberapa teknologi baharu lain seperti imbasan cap jari yang lebih baik dan pantas, 3D Sonic Sensor.

Bagaimanapun, laporan asal yang daripada laman TechCrunch itu telah pun dibawa keluar. Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru mengenai perkara ini dari acara Qualcomm dalam masa terdekat.

 

Sumber: Winfuture

Berkaitan