Sistem Biometrik Bagi Pekerja Asing Akan Dilaksana Februari 2018

Sudah bertahun lamanya isu pemalsuan identiti melibatkan pekerja asing berlaku di dalam negara dan pelbagai pencegahan telah diperkenalkan.

Bagi memantapkan lagi kawalan sedia ada, Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing akan mula dilaksana sepenuhnya bermula Februari 2018 kelak.

Dibangunkan dengan matlamat untuk menangani isu pemalsuan identiti dan memastikan pekerja asing terbabit bebas dari penyakit, sistem tersebut kini berada diperingkat akhir integrasi antara sistem klinik panel Fomema dan sistem teknologi maklumat Jabatan Imigresen.

Melalui sistem biometrik ini, pekerja asing akan membuat imbasan cap jari dan menjalani saringan kesihatan di lebih dari 3000 buah klinik panel Fomema seluruh negara. Hal ini dapat memastikan setiap pekerja yang masuk ke dalam negara disahkan sihat dari sebarang penyakit yang berbahaya.

Integrasi antara dua sistem yang disebutkan diatas dapat memudahkan klinik panel mengenalpasti sama ada pekerja asing itu masuk ke dalam negara secara sah ataupun tidak.

Sumber: Astro Awani

Kredit gambar: NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria