Sisi Positif Seorang "Gamers" Dalam Permainan Video

Internet kini menjadi saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas di merata tempat. Perkembangan ini memudahkan manusia berhubung tanpa sempadan sama ada menerusi sosial media mahupun permainan video.

Jadi pastinya kemudahan dan perkembangan ini juga telah banyak melahirkan generasi yang tidak canggung dengan penggunaan Facebook, Twitter, Whatsapps, serta permainan video. Pada umumnya kalau difikirkan semula, melalui permainan video, "gamers" dapat mengembangkan cara mereka berfikir serta fokus yang diberikan ketika dalam permainan.



Bila gaya permainan mereka diasah dengan cara yang betul, bermacam sisi positif yang dapat dilihat dalam diri seorang gamer. Selain daripada bertujuan untuk hiburan, permainan video juga mampu mengembangkan IQ seseorang.

Antara sisi positif yang boleh kita lihat menerusi gamers adalah ;

  • Melatih Cara Berfikir


Dalam permainan video, gamers dapat melatih diri untuk berfikir secara logik, mengalisis masalah dan strategi bagi memenangi permainan tersebut.

  • Pengenalan Kepada Teknologi


Dengan bermain permainan video juga, secara tidak langsung gamers akan terdedah dengan bermacam pengenalan dan informasi mengenai teknologi.



  • Mempertingkatkan Kemahiran Berbahasa 


Sekarang ini, hampir kesemua permainan video dikendalikan dalam sistem Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung dapat mendorong gamers untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran mereka dalam pertuturan yang menggunakan bahasa tersebut. Sambil bermain, sambil belajar.

  • Melatih Sikap Kerjasama


Bila permainan video dimainkan lebih daripada seorang pemain, pastinya akan ada saat di mana gamers akan cenderung kepada sikap tolong-menolong. Jadi, ini mampu melatih gamers untuk bekerja secara berkumpulan.



  • Kemahiran Memberi Tumpuan


Permainan video seperti Counter-Strikes misalnya boleh meningkatkan kemahiran tumpuan yang sangat tinggi. Jadi, secara tidak langsung ini dapat menajamkan pemikiran dan penglihatan agar tumpuan dapat diberi sepenuhnya.



  • Menimbulkan Rasa "Happy"


Kadang-kadang kita mudah stress dengan kerja yang menimbun, masalah dalaman dan sebagainya. Dengan bermain permainan video, seseorang akan dapat menyelamatkan diri dari tekanan dunia luar buat sementara waktu. Pastinya akan timbul perasaan gembira di hati apabila dapat bermain dengan rasa yang sangat seronok.

 

Sumber: Binus

Berkaitan