Untuk pasaran tempatan, kedua-dua model Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro secara rasminya dibawa masuk ke Malaysia pada hari ini.
Bermula dengan Redmi Note 8 Pro, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci FullHD+ LCD. Mempunyai 4 kamera belakang dengan 64MP kamera utama, 8MP sudut ultralebar, 2MP makro dan 2MP sensor data jarak manakala 20MP untuk kamera swafoto.
Ketika pelancaran, Xiaomi berkongsi sampel-sampel gambar 64MP yang memaparkan perincian yang sangat tinggi meskipun sudah dizum.
Ia dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G90T yang memfokuskan kepada permainan video dan mempunyai penyejukan berasaskan cecair LiquidCool. Bateri pula berkapasiti besar dengan saiz 4500mAh.
Manakala untuk Redmi Note 8, ia hadir dengan skrin 6.3 inci FullHd+ LCD dikuasakan oleh cip Snapdragon 665 dan bateri 4,000mAh. Tetapan 4 kamera belakang adalah sama dengan model Pro, cuma kamera utamanya menggunakan 48MP. Kamera swafoto pula bersaiz 13MP.
Kedua-dua model Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro menyokong USB Type-C dan pengecasan pantas 18W.
Xiaomi Redmi Note 8 boleh dibeli bermula pada harga RM599 (3GB/32GB), RM799 (4GB/64GB) dan RM899 (4GB/128GB).Pihak Xiaomi turut membuat promosi tempahan awal untuk model 4GB/64GB dengan disertakan fon telinga tanpa wayar Mi True Wireless percuma berharga RM99.
Untuk Xiaomi Redmi Note 8 Pro pula, harga yang ditawarkan adalah bermula RM1,099 untuk varian 6GB/64GB dan RM1,199 untuk varian 6GB/128GB.
Sepertimana model Redmi Note 8, pihak Xiaomi juga turut membuat promosi untuk tempahan awal dengan menyertakan alat kawalan Black Shark Gaming Controller Left berharga RM169 untuk model 6GB/128GB.
Segala tempahan awal kedua-dua model hendaklah dibuat bermula hari ini sehingga 11 Oktober di kedai atas talian Lazada dan Shopee serta laman rasmi Xiaomi Malaysia.
Selain peranti pintar, Xiaomi Malaysia juga turut membawa masuk fon telinga popular Mi True Wireless Earphones, Mi True Wireless Earbuds, dan Mi True Wireless Earbuds Basic . Masing-masing berharga RM329, RM179, dan RM99.
Berkaitan
- Siri GPU Nvidia RTX 3000 Akan Dipasarkan Bermula Harga RM2,399 Di Malaysia
- AMD Umum Kad Grafik Radeon 5600 XT Untuk Melawan Dominasi Gaming 1080p GTX 1060 Nvidia
- Samsung Lancarkan 980 Pro, SSD NVMe Berasaskan PCIe 4.0 Dengan Kelajuan Baca Sehingga 7000MB/s
- CEO Xiaomi Terima Kecaman Setelah Dilihat Menggunakan iPhone
- Komputer Riba Professional Dell Latitude Dengan Intel Core Gen-10 Dijual Bermula RM5,249 Di Malaysia
- Sony Xperia L4 Dilancarkan - Paparan Nisbah 21:9, Helio P22, Dan Bateri 3850mAh
- Motorola Edge S Kini Rasmi Sebagai Telefon Pertama Dengan Snapdragon 870
- vivo V20 Dan V20 Pro Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia 20 Oktober 2020
- Redmi Note 9 Pro Dijual Berharga RM 1099 Di Malaysia, Redmi Note 9 Pula Bermula RM 649
- PS5 Bakal Dilancarkan Esok Di Malaysia - Tetapi Hanya Untuk Pelanggan Pra-Tempah Sahaja