Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diumumkan 14 Januari 2021

Posted on November 4, 2020

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Samsung Galaxy S21 akan tiba seawal Januari 2021. Jika anda tertanya-tanya, tarikh pengumuman serta pra-tempah telah pun terdedah.

Menurut sumber daripada Jon Prosser menerusi ciapannya baru-baru ini, dia mengesahkan nama bagi peranti andalan daripada Samsung, tarikh pelancaran dan juga warna yang ditawarkan.

Siri Galaxy S kali ini akan hadir dengan Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Penamaan peranti ini sama seperti yang dilakukan Samsung sebelum ini.

Samsung Galaxy S21, S21+, S21 Ultra 👀

Announcement: January 14, 2021
Pre-order: January 14, 2021

Launch: January 29, 2021

Black, White, Grey, Silver, Violet and Pink

— jon prosser (@jon_prosser) November 3, 2020

Kesemua peranti Galaxy akan diumumkan dalam acara yang akan berlangsung pada 14 Januari 2021 dan pra-tempahan boleh dilakukan pada hari yang sama.

Ia akan ditawarkan dengan warna hitam, putih, kelabu, silver, violet dan pink. Bagi spesifikasi pula, ia dikatakan akan dijana cip pemproses Snapdragon 875/Exynos 2100.

Selain paparan Infinity-O pada bahagian tengah, Galaxy S21 dan S21+ menggunakan 3 kamera sementara model Ultra 4 kamera.

Sumber: Jon Prosser via

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress