Siri Ryzen 3000 XT Kini Dijual Di Malaysia Bermula RM1199 - Percuma AC Valhalla Untuk Cip Ryzen Terpilih

Pada pertengahan bulan Jun lalu, AMD mengumumkan varian pemprosesan desktop siri 3000 XT. Terdapat 3 cip yang diperkenalkan iaitu Ryzen 9 3900XT, Ryzen 7 3800XT, dan Ryzen 5 3600XT.



Ia menawarkan peningkatan prestasi serta pengalaman teras tunggal yang lebih pantas. Senibinanya juga adalah sama Zen 2 proses 7nm sepertimana siri Ryzen 3000 yang lain.

Hari ini, AMD Malaysia telah mula mengumumkan harga jualan cip dekstop ini untuk pasaran tempatan. Untuk harga jualan, ia dipasarkan seperti berikut:

  • Ryzen 5 3600XT - RM1,199.00

  • Ryzen 7 3800XT - RM1,899.00

  • Ryzen 9 3900XT - RM2,299.00


Untuk merancakkan lagi jualan, AMD kini menyertakan salinan percuma Assassin's Creed Valhalla untuk setiap pembelian cip Ryzen yang terpilih iaitu:

  • Ryzen 9 3950X

  • Ryzen 9 3900XT

  • Ryzen 9 3900X

  • Ryzen 7 3800XT

  • Ryzen 7 3800X

  • Ryzen 7 3700X


AC: Valhalla for Free With AMD Ryzen 3000 CPUs | gamepressure.com

Jika melihat dari senarai, untuk 3 cip yang terbaharu diumumkan, hanya Ryzen 5 3600XT sahaja yang tidak disertakan dengan permainan tersebut.

Promosi jualan berserta Assassin's Creed Valhalla ini adalah bermula dari 7 Julai sehingga 3 Oktober 2020. Permainan itu kemudiannya boleh ditebus melalui laman rasmi AMD bermula 7 November kelak.

 

 

 

 

Berkaitan