Connect with us

Berita

Siri Redmi Note 8 Diacah Hadir Dengan Sistem Penyejukan Dan Alat Kawalan Permainan

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Siri Redmi Note merupakan antara siri yang cukup popular dalam kalangan peminat Xiaomi dan perkhabaran sebelum ini memberi gambaran ia bakal dilengkapkan dengan sejumlah spesfikasi baik. Tempoh hari, tarikh pelancaran telahpun didedahkan oleh pengeluar peranti dimana ia akan dilangsungkan pada 29 Ogos ini.

Kurang daripada seminggu lagi, poster acah siri Redmi Note 8 telah dimuat naik ke laman Weibo memperlihatkan sistem penyejukan yang dikatakan mampu mengurangkan suhu peranti 4°C hingga ke 6°C berbanding peranti lain. Turut kelihatan adalah alat kawalan permainan,  mirip seperti aksesori yang ditawarkan pada peranti Black Shark dan Redmi K20 sebelum ini.

Selain itu, siri ini dibayangkan dengan prestasi lebih baik menerusi pengguna cip Helio G90T (versi standard mungkin guna cip lain), skrin sentuhan lebih baik serta jangka kuasa bateri lebih lama.

Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing juga ada berkongsikan statistik daripada Antutu dimana cip pemprosesan yang bakal digunakan itu mengatasi Snapdragon 710 disamping berada tidak terlalu jauh berbanding Kirin 810.

Mengenai spesifikasi lain, Redmi Note 8 mungkin tampil dengan RAM 4GB/6GB dipadankan bersama memori 64GB atau 128GB. Bagi versi Pro pula, ia dijangka ditawarkan dengan RAM 6GB/8GB diiringi kapasiti storan sama seperti variasi standard. Lensa 64MP telah disahkan hadir pada Redmi Note 8 Pro dan masih belum dapat dipastikan penggunaannya pada versi standard.

Sumber: Gadgets 360

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular