Siri realme Q2 Akan Diperkenal Pada 13 Oktober Ini

realme sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan siri realme Q pada 13 Oktober. Ia kemudian telah mengacah rekaan realme Q2 Pro yang mempunyai tetapan kuad kamera.



Kini, realme telah mengesahkan siri realme Q2 akan diperkenal pada tarikh yang dilaporkan sebelum ini iaitu 13 Oktober 2020. realme Q2 dijangka hadir dengan dua model iaitu Q2 dan Q2 Pro.



Bagi realme Q2 Pro, realme menyatakan peranti seberat 175 gram ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Ia dimuatkan tetapan kuad kamera dengan 48MP utama serta menjalankan Android 11 yang berasaskan realmeUI 2.0.

Dalam pada itu, Digital Chat Station mendedahkan versi asas realme Q2 akan dijana cip pemproses Dimensity 800U. Ia dilengkapi skrin LCD dengan kadar segar semula 120Hz, serta bateri 5000mAh.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini, nantikan pelancaran yang akan berlangsung 13 Oktober, 10 pagi.

Sumber: realme