Siri realme 6 Dijangka Akan Dijual Pada Harga Lebih Tinggi

realme 5 dan 5 Pro merupakan penawaran kelas pertengahan dari realme. Untuk model mereka yang terbaharu, mereka dijangka akan melancarkan siri 6 iaitu realme 6 dan 6 Pro pula.

Sudah semestinya peranti akan menggunakan spesifikasi lebih berkuasa. Akan tetapi, dengan siri yang terbaharu ini, realme dijangka akan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Baru-baru ini, ketua bahagian pemasaran realme India menyatakan bahawa realme 6 bukannya pengganti realme 5. Sebaliknya apa yang dimaksudkan adalah realme 6 akan menggantikan model realme 5 Pro.

https://twitter.com/FrancisRealme/status/1234703945676869632

Dengan model asas realme 6 menggantikan model realme 5 Pro yang lama, ia memberi indikasi bahawa siri realme 6 akan memasuki satu 'kategori' lebih tinggi. Secara tidak langsung model siri realme 6 akan menjadi lebih mahal lebih-lebih lagi model 6 Pro disebabkan spesifikasinya lebih berkuasa.

Semestinya akan ada pengguna yang merasa kecewa dengan kenaikan harga siri ini. Namun, dengan penggunaan perkakas dan teknologi lebih maju, adalah mustahil dan tidak masuk akal jika realme mahu kekalkan harga jualan yang sama seperti model sebelumnya.

Sumber: realme

 

Berkaitan