Siri OPPO Find X2 Bakal Tampil Dengan IP68 Dan Servis Google

Tinggal beberapa jam sahaja lagi bagi pelancaran peranti flagship siri Find X dari OPPO pada petang ini. Siri yang akan dilancarkan ini mempunyai aspek baru dan inovatif dari segi perisian dan teknologi. Sekitar tiga minggu yang lepas, OPPO mengumumkan sedikit spesifikasi yang terdapat pada siri Find X2 ini.

Bagi peranti skrin, kadar segar didatangkan dengan 120Hz dan resolusi QHD+. Sistem pengecasan pantas yang digunakan adalah SuperVOOC 2.0 65W. Masa untuk pengecasan penuh hanya mengambil masa 35 minit sahaja.

oppo find x2

oppo find x2

Selain itu, siri OPPO Find X2 bakal dilengkapi dengan IP68 iaitu peranti yang kalis air dan habuk. Menggunakan Android 10, siri ini juga menyokong Google Mobile Services bagi meningkatkan pengalaman keseluruhan bagi peranti ini.

Anda juga boleh menyaksikan pelancaran siaran langsung yang akan diadakan di laman rasmi  Facebook OPPO pada 5.30 petang ini.