Siri OPPO Find X2 Bakal Lancar Di Malaysia Pada 10 Mac Ini

OPPO Malaysia mengumumkan pelancaran bagi peranti flagship siri OPPO Find X2 5G akan diadakan pada 10 Mac ini. Pelancaran tersebut akan diadakan secara maya melalui saluran Youtube dan Facebook OPPO Malaysia. Jenama OPPO juga akan bekerjasama dengan Hanis Zalikha sebagai duta model ini pada hari pelancaran tersebut.

oppo find x2

Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 865 yang menyokong SA/NSA dwi-mod 5G. Ia juga hadir dengan paparan skrin  120Hz dan resolusi QHD+. Sistem pengecasan pantas yang digunakan adalah SuperVOOC 65W. Masa pengecasan hanya mengambil masa 35 minit sahaja. Selain itu, peranti ini dijangka akan dimuatkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan penyimpanan.

Setakat ini, tidak banyak maklumat yang dapat diketahui mengenai spesifikasi penuh dan harga bagi peranti ini. Sama-sama kita nantikan.