Siri OnePlus 9 Tertiris, Tiga Telefon Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Bulan ini, OnePlus dijangka melancarkan telefon terbaru mereka iaitu OnePlus 9. Seperti ura-ura, siri ini dikhabarkan hadir dengan tiga varian.

Terbaru, jenama aksesori telefon pintar iaitu Spigen telah mendedahkan bahawa terdapat tiga telefon OnePlus 9 dalam laman mereka.

Umum mengetahui bahawa Spigen bukanlah jenama yang kecil terutama dalam kerangka telefon. Melalui laman itu juga, ia memaparkan OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9E.



Telefon yang dikatakan mampu milik iaitu OnePlus 9E atau 9R ini masih diperdebatkan sehingga kini. Meskipun begitu, apa yang pasti adalah tiga varian yang bakal ditawarkan kepada pengguna.

Tambahan lagi, Spigen juga jarang membuat kesilapan terhadap telefon yang akan dilancarkan kerana mereka sering mendapat maklumat mengenainya lebih awal.

https://twitter.com/MaxJmb/status/1366365602399588358?s=20

Dalam pada itu, Blass melaporkan bahawa pra-tempahan awal OnePlus 9 akan berlangsung pada 23 Mac ini. Selain itu, varian Pro turut dikatakan hadir dengan warna eksklusif iaitu Matte Black.

Buat masa sekarang, tiada lagi maklumat tentang tarikh pelancaran bagi siri baharu ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Spigen, voice, @MaxJmb