Siri "Live Action" One Piece Didakwa Telah Tersenarai Di Netflix

Satu perkembangan yang menarik terutama bagi peminat siri anime popular, One Piece.

Satu siri "live action" bagiĀ  anime kegemaran ramai ini dikatakan telah tersenarai di platform Netflix baru-baru ini.

Status "live action" itu ketika ini masih diragui, namun One Piece telah disenaraikan dibawah genre "rancangan TV US" dan bukannya "Siri Anime".

Kapsyen: ResetEra


Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut seperti tarikh pelancaran dan senarai pelakon telah dinyatakan pada penyenaraian berkenaan.

Sekiranya benar, ini bukanlah siri live action anime pertama yang pernah disiarkan di Netflix.

Sebelum ini, anime seperti Bleach, Fullmetal Alchemist dan Death Note pernah memiliki live action mereka sendiri di platform penstriman popular berkenaan.

 

Sumber: Gamespot