Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple China

Siri iPhone 13 Menjadi Pilihan Utama Pengguna Di China Dan Jepun, Kuasai Pasaran Di 6 Buah Negara

Diterbitkan Julai 19, 2022 ยท Dikemas kini Julai 19, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data yang dikongsikan oleh laman analisis Counterpoint, telefon pintar iPhone menguasai hampir di 8 buah negara pasaran telefon pintar terbesar di dunia.

Menerusi model siri iPhone 13, 12 dan iPhone SE 2022, Apple menguasai pasaran telefon pintar di Amerika Syarikat (37%), United Kingdom (35%), China (12%), Perancis (21%), Jerman (22%) dan Jepun (52%).

Apple berjaya mengatasi Samsung dan jenama telefon pintar keluaran dari China di 6 buah negara tersebut.

pasaran telefon pintar China april 2022

Walaubagaimanapun, Apple dilihat masih gagal menembusi penguasaan pasaran telefon pintar di India dan Korea Selatan.

Ini mungkin kerana di India, penggunanya lebih tertarik untuk membeli model-model telefon pintar bajet yang berharga jauh lebih murah berbanding model premium.

pasaran telefon pintar india april 2022

Sementara pengguna di Korea Selatan pula lebih gemar memilih telefon pintar keluaran dari negara mereka sendiri iaitu Samsung.

Data yang diperolehi daripada Counterpoint Research ini adalah berdasarkan kepada data dari lebih 3000 model telefon pintar, 500 jenama dan lebih di 50 buah negara dari bulan Januari hingga April 2022.

Sumber: counterpointresearch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY