Siri Huawei P50 Pada Tahun Hadapan Dijangka Tidak Akan Menggunakan Cip Kirin

Huawei adalah antara yang terawal menggunakan proses 5nm Kirin 1000 yang akan dimuatkan pada siri Huawei Mate 40. Bagaimanapun, berdasarkan laporan terbaru, Huawei dijangka tidak akan menggunakan cip pemproses 5nm yang dibekalkan oleh HiSilicon pada peranti flagship untuk tahun hadapan.

Huawei p50

Huawei juga dikatakan bakal beralih kepada penyedia cip pihak ketiga untuk menggunakan teknologi cip terbaru itu. Ia berikutan Jabatan Perdagangan A.S yang memulakan langkah untuk menyekat pembuat cip dari membekalkan komponen itu kepada Huawei.

Menerusi sekatan itu, TSMC yang merupakan pembuat cip Hisilicon tidak dibenarkan berurus niaga bersama Huawei.

Terdahulu, terdapat laporan yang menyatakan Qualcomm mungkin akan membekalkan cip mereka kepada Huawei untuk telefon pintar flagship seperti siri P50 pada tahun hadapan. Namun, dalam keadaan Qualcomm yang juga memerlukan kebenaran Jabatan Perdagangan A.S, ia mungkin sukar dibayangkan jika Qualcomm dibenarkan berurus niaga dengan Huawei.

Siri Huawei P50 juga disahkan telah memasuki fasa pembangunan dan akan membawakan beberapa teknologi baru pada kamera. Pada masa ini, tiada pengesahan rasmi mengenai pembekal cip yang akan berurus niaga dengan Huawei.

Sumber: Huawei Central

Beli produk Huawei P30 dari:
Lazada (https://invol.co/clpto9)