Siri Huawei P40, MatePad Pro, Dan Watch GT 2e Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April Ini

Sekitar seminggu yang lepas, Huawei telah pun melancarkan telefon pintar Siri Huawei P40 dan jam pintar Watch GT 2e pada pasaran global. Kini, Huawei Malaysia juga akan membawanya kepada pasaran tempatan.

 

Pelancaran tersebut seperti biasa akan diadakan secara dalam talian menerusi saluran Facebook, Twitter dan YouTube Huawei Mobile MY pada 2 April jam 6 petang. Pengguna juga boleh menonton di saluran penyiaran televisyen seperti TV3, NTV7 dan 8TV. Selain itu, syarikat teknologi ini juga menyediakan platform penyiaran Facebook yang lain seperti :

  • Bahasa Malaysia : Berita Harian Online, My Metro, OH BULAN! dan TV3

  • Bahasa Inggeris : NEW STRAITS TIMES, NTV7 dan SAYS

  • Bahasa Cina : 8TV dan ROJAK!


huawei

Rakan kongsi Huawei seperti COURTS, HARVEY NORMAN dan SENHENG juga akan menyiarkan pelancaran ini di platform Facebook mereka.

Huawei MatePad Pro yang dikatakan akan dipasarkan di Malaysia turut dilancarkan pada esok hari. Tambahan lagi, Huawei akan mengumumkan kemaskini yang terbaru dari aplikasi yang dibangunkannya iaitu HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Care 2020.

Pengguna yang menonton pelancaran ini berpeluang untuk memenangi produk eksklusif HUAWEI yang ditawarkan olehnya.