Ikuti kami di media sosial

Berita

Siri Huawei P40 Dilancarkan – 3 Model Baharu Penawaran Huawei Yang Memfokuskan Fotografi

Avatar

Ditulis

pada

Siri Huawei P30 memahat namanya sebagai antara peranti yang mempunyai kemampuan yang cemerlang terutamanya P30 Pro. Hampir setahun model ini sudah berada di pasaran, sudah tiba masanya Huawei melancarkan penggantinya iaitu siri Huawei P40. Kali ini Huawei hadirkan 3 model di bawah siri tersebut iaitu Huawei P40, P40 Pro, dan P40 Pro+.

Huawei P40

Huawei P40 merupakan model paling ‘mampu milik’ berbanding model lain.

Paparan Huawei P40 adalah lebih kompak dengan saiz 6.1 inci OLED. Resolusi pula adalah hanya Full HD+ dan juga hanya menawarkan kadar segar semula 60Hz sahaja.

Iklan

Kamera Huawei P40 dilengkapi dengan 3 lensa belakang iaitu 50MP RYYB (f/1.9) utama + 8MP (f/2.4) telefoto 3x zoom optikal dengan OIS + 16MP (f/2.2) sudut lebar. Terdapat juga sensor warna yang mempunyai 8 saluran pelbagai spektrum warna untuk kualiti warna yang lebih jitu.Huawei P40 unveiled with 50MP camera, P40 Pro adds 90Hz panel, 5x tele cam

Untuk lensa utama siri Huawei P40, selain dari resepi mereka menggunakan sensor jenis RYYB berbanding RGB pada peranti pesaing, saiz sensor secara fizikal juga dibesarkan. Kini ia membenarkan sebanyak 40% lebih cahaya berbanding model sebelumnya.

Huawei P40 juga boleh mencapai ISO sebanyak 204,800 yang sangat membantu terutamanya ketika fotografi waktu malam. Sebagai perbandingan, pesaing mereka hanya mampu mengambil gambar maksimum ISO tidak lebih dari 12,800.

Dengan siri P40 juga, Huawei memperkenalkan teknologi autofokus Full Pixel Octa PD untuk kemampuan fokus yang lebih pantas berbanding peranti konvensional. Terdapat juga enjin pemprosesan imej yang baharu iaitu XD Fusion untuk kualiti pemprosesan HDR lebih cantik.

Peranti juga mempunyai piawaian kalis air dan habuk IP53.

Bateri pada Huawei P40 adalah berkapasiti 3,800mAh yang hanya menyokong pengecasan wayar 40W sahaja. Peranti walau bagaimanapun tidak mempunyai pengecasan tanpa wayar tidak seperti model P40 Pro dan Pro+.

Huawei P40 Pro

Ia direka dengan paparan Quad Curve Overflow yang turut melengkung pada bahagian atas dan bawah skrin. Menurut Huawei, antara manfaat paparan sebegini adalah untuk gerakan gestur yang lebih lancar untuk jari dan juga genggaman yang lebih selesa.

Image result for quad curve overflow huawei

Dari segi spesifikasi paparan, Huawei P40 dilengkapi dengan paparan bersaiz 6.58 inci Flex OLED dengan resolusi 2640 x 1200 berjumlah 441 PPI. Ia mempunyai nisbah 19.8:9 dan juga kadar segar semula 90Hz. Selain itu, paparan juga mempunyai piawaian warna DCI-P3 HDR serta teknologi Anti Bue Light untuk tontonan selesa pada waktu malam.

Berbanding Huawei P40 yang mempunyai bezel bersaiz 3.48mm, bezel pada Huawei P40 Pro adalah lebih nipis dengan 2.65mm. Pada peranti juga mempunyai piawaian kalis air dan habuk lebih maju berbanding P40 biasa dengan IP68.

Untuk kamera Huawei P40 Pro pula, ia mempunyai konfigurasi 4 kamera dengan 50MP RYYB (f/1.9) utama OIS + 12MP (f/3.4) RYYB Periskop 5x zoom optikal dengan OIS + 40MP (f/1.8) sudut lebar lensa Cine + sensor ToF untuk depth. Ia juga turut mempunyai sensor warna sepertimana Huawei P40.Huawei P40 unveiled with 50MP camera, P40 Pro adds 90Hz panel, 5x tele cam

Kemampuan ISO pada peranti juga lebih tinggi berbanding P40 biasa. Kini ia mampu merakam imej pada 409,600 ISO. Kamera swafoto untuk kesemua model Huawei P40 adalah sama iaitu terdapat 1 lensa 32MP (f/2.2) utama yang dibantu sensor Infrared untuk depth  sensor ambient/proximity untuk fungsi Face Unlock.

Bateri pada Huawei P40 Pro adalah bersaiz 4,200mAh yang turut mempunyai pengecasan pantas 40W. Selain itu peranti juga turut menyokong pengecasan tanpa wayar 40W.

Kesemua model dalam siri Huawei P40 dijana oleh cip Kirin 990 5G. Namun untuk model Pro dan Pro+ terdapat sistem penyejukan SuperCool yang berasaskan wap kebuk dan graphene.

Untuk Huawei P40 dan P40 Pro, terdapat 5 pilihan warna iaitu Black, Ice white, Deep Sea Blue, Silver Frost, dan Blush Gold.

Huawei P40 Pro+

Dari segi rekaan dan paparan, Huawei P40 Pro+ sama sahaja dengan Huawei P40 Pro. Perbezaan utama adalah dari segi kemampuan kamera belakangnya. Pada Huawei P40 Pro+, ia dimuatkan dengan konfigurasi sehingga 5 lensa.

Dipanggil Huawei sebagai ‘camera monster‘, Huawei P40 Pro+ mempunyai 50MP RYYB (f/1.9) utama OIS + 8MP (f/4.4) RYYB Periskop 10x zoom optikal dengan Dwi-OIS + 40MP (f/1.8) sudut lebar lensa Cine +8MP (f/2.4) telefoto 3x zoom optikal dengan OIS + sensor ToF untuk depth.

Spesifikasi bateri juga adalah sama dengan Huawei P40 Pro iaitu berkapasiti 4,200mAh, pengecasan pantar 40W dan juga tanpa wayar 40W. Huawei P40 Pro+ hanya mempunyai 2 pilihan warna iaitu Ceramic White dan Ceramic Black yang kedua-duanya mempunyai panel seramik di belakangnya.

Perisian

Pada masa ini sudah tentu kita semua mengetahui bahawa siri Huawei P40 tidak dimuatkan dengan Google Play Store. Dengan siri P40, Huawei masih lagi dengan gudang AppGallery mereka dengan antaramua EMUI 10.1. Kini terdapat beberapa penambahan baharu seperti Celia yang merupakan sebuah pembantu maya dari Huawei tersendiri.

Harga

Huawei P40 dan P40 dijual pada harga bermula 799 euro (~RM3,849)  dan 999 euro (~RM4,811). bermula bulan April hadapan. P40 Pro+ pula akan dijual bermula Jun pada harga 1,399 euro (~RM6,738).

Untuk pasaran Malaysia, belum lagi pasti tarikh pelancarannya. Perkhabaran mengenai pengenalan siri Huawei ini di Malaysia mungkin kita akan ketahui tidak lama lagi.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular