Kini, penawaran meluas telah dibuka memberi peluang lebih ramai peminat siri tersebut memilikinya. Mengetengahkan spesifikasi berbeza antara satu sama lain, model Mate 30 diletakkan pada harga RM 2799 sementara versi Pro dengan nilai jualan RM3899.
Imbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, Mate 30 Pro dilengkapi dengan skrin paparan 6.53 inci Flex OLED, cip pemproses Kirin 990, RAM 8GB bersama storan 256GB.
Kuad kamera belakang pula terdiri daripada lensa 40MP+40MP+8MP+lensa 3D dan rakaman hadapan diberikan kepada lensa 32MP. Mate 30 Pro dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W untuk memenuhkan kuasa bateri 4500mAh selain turut mempunyai pengecasan tanpa wayar 27W.
Versi Mate 30 pula tampil dengan 6.62 inci Rigid OLED, Kirin 990, RAM 8GB dengan ruang memori 128GB. Kombinasi kuad kamera sedikit berlainan dimana lensa ultra lebar hanya menggunakan sensor 16MP. Sensor 24MP pula akan bertugas bagi rakaman talaan hadapan.
Huawei membekalkan Mate 30 dengan bateri 4200mAh serta daya pengecasan sama seperti model Pro.
Bagi anda yang sudah memasang hajat untuk memiliki salah satu peranti dalam siri ini bolehlah bersiap-siap menantikan tarikh 15 November ini.
Berkaitan
- Dilaporkan Ada Pihak Cuba Menjual Maklumat Peribadi Milik Jutaan Rakyat Malaysia
- Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong
- Samsung Galaxy A31 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM1099
- Apple Lancar program Bug Bounty Pertama
- Muslim Pro Malaysia Muncul Sebagai Aplikasi Popular Ramadan Ini
- Go Pro Dijangka Keluar Dengan Model Baru Bagi Menggantikan Hero 5 Session
- Kamera Terangkat Pertama Dari Huawei Pada Model P Smart Z
- Huawei Dilapor Sudah Memulakan Penyelidikan Rangkaian 6G
- MaxisOne Home Fibre Mula Tawar Tiga Pelan Baru, 300Mbps, 500Mbps Dan 800Mbps
- Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini